Novel Baharu Berjudul "
Merenang Gelora" Karya
Ruslan Ngah (Tingkatan 3)
Melibatkan Negeri Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, dan Pahang .
Sinopsis Dari Bab 1 Sehingga Bab 22 .
Malas scroll down ? Klik >>
DI SINI ! << untuk memuat turun .
Bab 1 – Tugas Baharu
Badri anak sulong daripada dua orang adik beradik mula bertugas
sebagai seorang pengawas sekolah Adiknya bernama Badrul. Beliau
seorang yang tegas dan berdisiplin. Bercita-cita ingin menjadi
pemimpin pada masa hadapan. Jamil merupakan kawan baik kepada
Badri, manakala Shahrul seorang murid yang nakal, Siti Cahaya
Nadira seorang murid baharu yang cantik menjadi rebutan murid-murid
lelaki di sekolah tersebut. Jamil dicabar oleh Badri dan sebaliknya
untuk mendapatkan Siti Cahaya Nadira.
Bab 2 – Api Yang Mula Membara
Jamil mengajak Badri melepak di Mastika Mall tetapi ditolak. Mereka
berbeza dari segi soal prinsip kehidupan. Meng Kong anak tauke
kedai telefon selalu dikerumuni oleh murid-murid lain. Badri telah
disimbah air semasa berada di dalam tandas. Peristiwa itu menjadi
heboh di kantin. Nadira menyindirnya. Cikgu Jailani menyiasat kes
tersebut. Badri dibenarkan balik ke rumah lebih awal kerana keadaan
bajunya yang basah dan berbau. Selepas itu Badri pergi ke perpustakaan
untuk menenangkan jiwa dan berjalan-jalan tetapi terserempat dengan
Shahrul yang menunggang motosikal dengan Nadira. Badri telah pergi
ke rumah Pak Alang dan agak terkejut kerana terserempat dengan Nadira
di sana. Pak Alang memperkenalkan Nadira sebagai anak buahnya dari Kedah.
Bab 3 – Main Api
Badri dapat mengenali murid yang ada di dalam tandas semasa dia disimbah
air berdasarkan tanda lahir yang terdapat di leher murid tersebut.
Kumar ditangkap dan dibawa kepada Cikgu Jailani , iaitu guru disiplin.
Kumar ditangkap kerana turut membawa telefon bimbit. Ah Chun dan Selva,
rakan sekelas Badri yang menyuruh Kumar, Meng Kong dan Shahrul menjual
kad prabayar kepada murid-murid di sekolahnya. Kumar telah memberitahu
Jamil agar Badri tidak memerhatikan Meng Kong lagi. Nadira memberi
amaran agar Badri tidak melaporkan apa-apa kepada Mak Alang. Badri
digelar sebagai pelapor. Badri dimalukan dengan dijatuhkan apabila
dirempuh dengan kuat oleh Bob dan disindir oleh Kumar serta ditertawakan
oleh Nadira. Semasa di dalam bas, dia mendapat nota untuk datang ke
pasar raya pada petang itu. Dia ke pasar raya itu dan bertemu dengan
Siew Mei yang belum pernah dikenalinya sebelum ini.
Bab 4 – Duri Dalam Daging
Kumar bertemu dengan Meng Kong dan Shahrul di pusat boling. Beliau
bercerita dan meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap Badri kerana
telah ditangkap oleh Badri dan telefonnya dirampas. Kumar masih
berdendam dengan Badri.
Bab 5 - Pertemuan
Badri berjumpa dengan Jamil dan bertanya adakah dia juga terlibat
dalam kegiatan menjual kad prabayar. Semua rahsia itu diceritakan
oleh Siew Mei setelah diberitahu oleh abangnya yang bekerja di kedai
telefon ayah Meng Kong, iaitu Encik Tan. Hal ini kerana kerap berlaku
kehilangan kad prabayar dan telefon di kedai Encik Tan. Badri pula
melakukan sesuatu untuk menyelamatkan Nadira dari terus berkawan
dengan Shahrul. Kemungkinan Shahrul turut terlibat dengan aktiviti
tidak bermoral.
Bab 6 – Kemuncak Dunia
Nadira dimarahi oleh Nurul Ain, iaitu kakaknya kerana berpakaian
sendat untuk keluar pada Sabtu pagi. Nadira menunggu Shahrul dalam
keadaan marah kerana selalu lewat, tetapi sering terpujuk oleh
kata-kata manis Shahrul. Nadira marah kepada Badri kerana menegurnya
berkawan dengan Shahrul. Nadira mengikut Shahrul bersiar-siar
dengan menunggang motosikal. Shahrul bertemu dengan rakannya, mat motor
yang selalu berlumba haram. Nadira tidak senang dengan Aziz iaitu
salah seorang kawan dalam kumpulan mat motor Shahrul. Mereka telah
diserbu oleh anggota polis tetapi Shahrul, Aziz dan rakan-rakannya
dapat melarikan diri. Nadira terperangkap kerana ditinggalkan oleh
Shahrul. Akhirnya, Nadira ditangkap dan dihantar pulang ke rumahnya
oleh pihak polis. Pihak polis menerangkan bahawa Nadira telah
berkawan dengan mat rempit yang diburu oleh pihak polis. Ada kalangan
mereka yang terlibat dengan jenayah. Nadira dimarahi kakaknya.
Bab 7 – Secantik Sinar
Jamil menjauhi diri daripada Badri. Taufik kawan sekelas Badri ingin
mengetahui masalahnya. Badri menyembunyikannya dan memarahinya kerana
bersikap menjaga tepi kain orang lain. Taufik memberitahu kejadian
yang menimpa Nadira dan Shahrul. Nadira telah ditangkap dan disoal
oleh pihak polis. Hal ini telah diketahui oleh pengetua dan menyebabkan
Nadira dipanggil untuk menceritakan situasi sebenar kejadian tersebut.
Nadira berjumpa dengan badri di perpustakaan untuk meminta maaf atas
kesalahannya terhadap Badri. Nadira menyatakan hasratnya ingin berkawan
dengan Badri tetapi Badri serba salah dan malu. Pertemuan dengan Shahrul
membuatkan Nadira amat marah kepada Shahrul. Badri dicabar oleh Shahrul.
Bab 8 – Mengharung Badai
Jamil menceritakan kepada Badri yang dia telah dituduh mencuri telefon
bimbit di kedai ayah Meng Kong. Nasibnya baik kerana bapa Meng Kong
tidak membuat laporan kepada pihak polis dan sekolah. Dia tidak dapat
membela diri. Badri bersyukur kerana Jamil sudah insaf atas perbuatannya.
Nadira masih berharap Badri tidak masuk campur urusan Meng Kong dan
kawan-kawannya, tetapi Badri masih tekad menyelongkar kebenarannya.
Siew Mei mengajak Badri berjumpa di bengkel dan menasihati Badri tentang
pergaduhannya dengan Shahrul kerana Nadira. Siew Mei meminta Badri
membimbing Nadira . Akhirnya Badri bertanya kepada Siew Mei mengapa
dia mengambil berat tentangnya. Siew hanya menutup mulut dan lari
tergesa-gesa kerana malu.
Bab 9 – Rahsia Hampir Terbongkar
Badri mengintip perbualan Kumar, Meng Kong dan Shahrul tentang rancangan
mereka untuk terus menjual telefon bimbit dan kad prabayar ketika sedang
berjoging di tasik. Mereka agak risau jika Jamil membongkar kegiatan
mereka itu. Mereka telah disergah oleh Badri. Shahrul menyerang Badri
tetapi dapat dielak kerana Badri mahir dalam ilmu persilatan.
Bab 10 – Semarak Api
Shahrul tidak selesa tinggal di rumah teres walaupun sudah tiga
tahun mendiaminya. Dia masih lagi rindu akan rumah lamanya yang
besar dan mewah itu. Rakan-rakan Shahrul sering menganggapnya daripada
golongan yang berada, namun sebaliknya. Dia telah dipanggil oleh
Cikgu Jailani kerana menyerang Badri. Apabila Shahrul bertemu dengan
Badri yang sedang makan bersama-sama Nadira, hatinya marah dan dia
cuba mengungkit rancangan mereka dahulu untuk mengenakan Badri. Tujuannya
adalah untuk memisahkan Badri dengan Nadira. Suatu hari, Shahrul dan
Kumar memungut hutang daripada Amir yang membeli telefon tetapi dibayar
separuh sahaja kerana emaknya tidak membenarkan dia membelinya dan meminta
dipulangkan kembali. Apabila Amir memulangkan telefon itu kepada Shahrul,
telefon tersebut telah jatuh dan dilihat oleh Cikgu Jailani. Amir dibawa
ke bilik guru. Amir telah diugut oleh Shahrul dan Kumar agar tidak
menceritakan hal sebenar kepada Cikgu Jailani, sebagai balasan hutang
Amir akan dihapuskan. Amir telah berbohong kepada Cikgu Jailani untuk
menutup rahsia daripada siapa dia membeli telefon itu agar hutangnya lupus.
Bab 11 – Tertangkap
Meng Kong ke kedai ayahnya untuk mendapatkan bekalan telefon di dalam
stor tanpa menyedari stor tersebut telah dipasang dengan system CCTV.
Dia berpura-pura menunggu Ah Meng. Telefon itu diserahkan kepada Kumar
agar tidak dikesan oleh bapanya. Ah Meng telah memainkan semula rakaman
CCTV tersebut dihadapan Encik Tan. Encik Tan telah melihat Meng Kong
mengambil empat telefon bimbit dari stor itu. Apabila Meng Kong balik
dia disuruh berjumpa dengan ayahnya. Ayahnya telah menunjukkan rakaman
CCTV kepada Meng Kong lalu Meng Kong meminta maaf dan berharap dia
dimaafkan tetapi ayahnya telah menghukumnya dengan menyuruhnya tinggal
di asrama sekolah serta meminta maaf daripada pengetua sekolah iaitu
Encik Baharom. Akhirnya, mereka bertiga, Shahrul, Meng Kong dan Kumar
tertangkap dan dikenakan hukuman tiga sebatan setiap orang. Meng Kong
ditempatkan di asrama. Badri meminta Taufik memerhatikan Meng Kong.
Bab 12 – Suasana Baharu
Meng Kong mengikuti rutin jadual di asrama walaupun dia berasa kekok,
tetapi atas keramahan Taufik dan Saiful, dia cuba menyesuaikan diri.
Dia berasa lega kerana tiada orang bertanya sebab dia tinggal di asrama.
Meng Kong mula belajar dan membuat kerja sekolahnya mengikut masa dan
jadual. Dia menceritakan pengalamannya buat kali pertama dapat menyiapkan kerja rumah kepada Shahrul dan Kumar. Mereka tidak berpuas hati dengan perubahan Meng Kong yang tidak mahu menjual telefon lagi kerana Meng Kong takut dihantar untuk tinggal dengan datuknya yang garang. Shahrul dan Kumar masih mengajak Meng Kong meneruskan usahanya, tetapi Meng Kong tetap menolak. Berlaku pertengkaran antara mereka dan Badri datang meleraikan pertengkaran tersebut dengan membawa mereka berjumpa Cikgu Jailani. Mereka dirotan atas kesalahan tersebut.
Bab 13 – Jiwa Remaja
Badri bersiap-siap dengan kemas untuk keluar berjumpa dengan Nadira.
Badri diusik oleh Badrul yang menyatakan abangnya mempunyai dua
orang buah hati kepada emaknya. Nadira menelefon Badri dan bertanya
tentang kelewatannya. Badri akhirnya datang untuk melihat pementasan
teater tersebut. Nadira berasa cemburu apabila mengetahui hubungan
Badri dengan Siew Mei. Nadira mengelamun semasa pementasan itu dan
disedari oleh Badri. Setelah pulang ke rumah Badri dimaklumkan
oleh Badrul bahawa Jamil datang mencarinya. Badri menelefon Jamil
dan berbual-bual melalui telefon. Mereka berjanji untuk bertemu
keesokan harinya namun apabila Badri pergi mencarinya tetapi dia
tiada di rumah. Jamil hilang tanpa dapat dikesan walaupun dia
telah bertanya kepada ibu bapa Jamil serta Taufik dan Kumar. Badri
menemui Kumar yang sedang memasukkan rokok ke dalam beg Meng Kong
atas arahan Shahrul supaya Meng Kong dibuang asrama. Kumar
mengikut sahaja arahan Shahrul kerana takut dikasari oleh Sahrul.
Bab 14 – Di Persimpangan
Kumar insaf perbuatannya lalu mengelak diri daripada dihasut oleh
Shahrul yang memyebabkan dia terikut-ikut dengan gaya mewah Sahrul.
Shahrul tetap bertegas untuk memastikan Kumar masih mahu menjadi
ahli kumpulannya dan tidak membocorkan rahsia mereka apabila Jamil
dan Meng Kong tidak lagi terlibat dalam kumpulan mereka. Shahrul
tetap memujuk Kumar mengikutnya untuk membalas dendam terhadap Badri.
Bab 15 – Kehilangan Yang Misteri
Kehilangan Jamil menjadi misteri. Walau bagaimanapun, Badri tidak
dapat melupakan sahabatnya itu. Kini Badri sudah berkawan baik
dengan Kumar. Badri dikejutkan dengan berita di akhbar yang dibaca
oleh Siew Mei tentang kematian Amran iaitu kawan Jamil yang mati
ditembak kerana terlibat dengan kes jenayah dan dadah. Badri risau
sekiranya Jamil turut terlibat dalam kes jenayah tersebut.
Bab 16 – Tersayat Pedih
Shahrul ketakutan mendengar berita kematian Amran dan mengurung
diri serta mencari jalan untuk mendekati Nadira semula sebagai sahabat.
Shahrul mula merasakan kehilangan rakan-rakannya dan mula bergaul
dengan rakan-rakan yang lebih dewasa. Apabila melihat Badrul, Shahrul
ingin membalas dendam terhadap Badri dengan mengupah Din memukul
Badrul iaitu adik Badri. Din tidak mahu terlibat dan hal ini menyebabkan
Shahrul marah lalu memecut motosikalnya menyebabkan dia terjatuh.
Badrul dan kawan-kawannya menolong menghantar Shahrul ke hospital.
Persahabatan Kumar dengan Badri menyebabkan Siew Mei tidak berpuas hati.
Apabila berjumpa Badri, Kumar menceritakan niat sebenar Shahrul melalui
maklumat yang diperoleh melalui Din tetapi Nadira curiga dengan
kata-kata Kumar, sebaliknya Siew Mei tidak bersetuju dengan pendapat
Nadira yang menyatakan Shahrul telah berubah.
Bab 17 – Mangsa Fitnah
Badri banyak menghabiskan masa mengulangkaji pelajaran dengan Kumar.
Namun begitu Badri kesal dengan sikap Siew Mei yang tidak semesra
sebelum ini. Kumar menyatakan ada perasaan cemburu antara Siew Mei
dengan Nadira yang ingin merebut hati Badri. Untuk menghindari perasaan
tersebut Badri lebih banyak menghabiskan masa mengulangkaji dengan Kumar.
Badri telah difitnah membawa telefon bimbit ke sekolah apabila Cikgu
Jailani menemui telefon tersebut di dalam begnya. Badri dibawa oleh Cikgu
Jailani ke bilik disiplin. Taufik menyatakan Shahrul telah menyuruh Kumar
melakukannya. Badri terkilan kerana Nadira tidak menyokongnya sebaliknya
menyalahkannya juga. Berita negatif tersebut masih tersebar walaupun Cikgu
Jailani mendapati Badri tidak bersalah. Badri juga disindir oleh Shahrul.
Semua rakan menjauhkan diri daripadanya kecuali Siew Mei dan Taufik.
Bab 18 – Pentas Sandiwara
Badri dan Taufik mendengar perbualan Shahrul dan Kumar. Mereka mendapati
Shahrul telah mengarahkan Kumar meletakkan telefon bimbit ke dalam beg
Badri tetapi Kumar tidak mematuhi arahan tersebut. Hal ini menyebabkan
Shahrul berasa marah. Pertengkaran antara Shahrul dan Kumar telah dilihat
oleh Lokman dan Badri. Mereka dibawa ke bilik pengawas oleh Lokman,
iaitu ketua pengawas. Badri diberi semangat oleh Taufik dan Lokman berkenaan
fitnah yang ditabur kepadanya.
Bab 19 – Cerita Baharu
Meng Kong berjumpa dengan Badri, Taufik dan Siew Mei di kantin. Mereka
bersimpati dengan nasib Badri. Badri menyatakan bahawa Kumar tidak
terlibat dalam hal tersebut. Mereka berbincang tentang sikap Shahrul yang
tidak serik dengan kejadian yang telah berlaku kerana ibu bapanya tetap
menyokongnya walaupun Cikgu Jailani pernah ke rumah Shahrul memberitahu
sikap Shahrul kepadanya.
Bab 20 – Hati Yang Terluka
Hubungan Nadira dan Shahrul kembali mesra. Hal Ini menimbulkan sedikit
rasa cemburu di hati Badri. Semasa mengelamun, Badri tersalah menyebut
nama Nadira kepada Siew Mei menyebabkan Siew Mei agak berkecil hati.
Doa Badri agar dia ditemukan dengan Nadira untuk mengetahui pandangan
Nadira terhadapnya. Akhirnya dia bertemu dengan Nadira yang ditemani
Shahrul di rumah Pak Alangnya. Badri menyatakan kesalahan Shahrul telah
dikesan oleh Cikgu Jailani menyebabkan Shahrul berasa bimbang. Badri
menyindir sikap Nadira.
Bab 21 – Harapan
Shahrul terlibat dalam kemalangan selepas balik dari rumah Pak Alang
Nadira. Shahrul menduduki SPM di hospital. Kesan daripada kemalangan
tersebut, kaki Shahrul tempang sebelah. Badri meminta maaf kepada Siew Mei
akan sikapnya tempoh hari. Badri menyatakan cita-citanya untuk berjaya
dalam Sijil Pelajaran Malaysia bukan untuk mengejar cinta. Hal ini disokong
oleh Siew Mei. Badri, Taufik dan Siew Mei sama-sama belajar untuk menduduki
SPM dan berjaya menjawab soalan dengan baik. Selepas tamat peperiksaan,
mereka sama-sama berbincang tentang cara untuk menghabiskan masa cuti mereka.
Taufik akan mengikut Badri berkerja di resort bapa saudara Badri. Badri
dan Siew Mei berjaya mendapat 9A dalam SPM. Taufik pula mendapat 7A. Selepas
mendapat keputusan, Badri bergegas pergi membeli tiket untuk balik bekerja
semula. Badri telah memohon kemasukan ke universiti.
Bab 22 – Senja Belum Berlabuh
Pertemuan semula antara Badri dengan Jamil berlaku di resort milik
Jamil setelah masing-masing berjaya dalam kehidupan. Mereka mengimbau
kembali kenangan lalu. Badri melanjutkan pelajaran di Ireland dalam
bidang perubatan dan akan bertugas sebagai doktor di Hospital Besar
Kuala Lumpur. Jamil melanjutkan pelajaran dalam bidang hotel dan
pelancongan di UiTM. Taufik mendapat ijazah dalam bidang perniagaan.
Jamil dan Taufik berkongsi membuka resort di Terengganu. Shahrul dan
Kumar melanjutkan pelajaran di Politeknik dalam jurusan kemahiran
memperbaiki kereta sehingga berjaya membuka beberapa cawangan bengkel
kereta di Kuala Lumpur. Shahrul telah berkahwin dengan Nadira. Nadira
berjaya membuka sebuah butik setelah memperoleh kelulusan diploma fesyen
di UiTM. Siew Mei berjaya menjadi seorang doktor gigi. Badri dan
rakan-rakannya berjaya merenang gelora dalam kehidupan mereka dan
berharap berjaya merenang gelora yang akan mendatang.
No comments:
Post a Comment