Monday, May 27, 2013

MinecraftSP FREE DOWNLOAD !



MINECRAFT

Minecraft free download only available on my blog ! What you waiting for ? Come on , download it now ! NO SURVEY ! NO PAYMENT !

Download now from 4shared.com


-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Note :

Please download java to play minecraft :)

I f you have time , come join my server Gajah Montel 

That's all . Thank you 

Thursday, May 2, 2013

Komik : Lawak Kampus Jilid 13



Hello , Hohohoho , bosan sikit hari ni ... jadi aku nak menghilangkan kebosanan layanla Komik Lawak Kampus dulu .

Nak baca ? Jap ehhh ! Lawak Kampus Jilid 13 Karya Keith . Bacala bes jugak layan waktu bosan :D 

Muat turun secara percuma disini :


Download jangan tak download !



Laman Web Barisan Nasional Dot Org Dot My Down






Assalamualaikum dan selamat sejahtera ,

Tadi aku jalan-jalan kat satu group kat facebook , pastu aku terbaca satu post , lepas baca-baca rupanya  diaorang tengah menddos website Barisan Nasional . Sebenarnya post ni dah lama dah , sejak hari Selasa lagi ... tpi harini baru aku tiba-tiba rasa nak baca post tu , wkakakaka . Sekarang Khamis , 2 May 2013 website tu dah down akibat di-DDOS oleh Tuttt .

Aku takpasti apa sebab website tu kena Ddos , aku nak mengucapkan takziah kepada website BN yang kena Ddos tuh . PADAN MUKA ! Wakaka , :P



Berikut printscreen ataupun bukti :




Ni printscreen website nya , gambar ni diambil waktu web ni dah nak pulih .



ADAKAH ANAK-ANAK MUDA BANGKIT MENENTANG KERAJAAN YANG TIDAK BERLAKU  ADIL ?

Itu masih menjadi tanya-tanya kepada aku ...

Sekian saja dari aku , kalau tersinggung harap dimaafkan .

MENGUNDI HAK ANDA !












Wednesday, May 1, 2013

Facebook : Akaun Facebook Azhar Sulaiman Digodam





KUALA LUMPUR , 1 May 2013: Gara-gara menyatakan sokongannya terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN), pelakon Azhar Sulaiman terpaksa menerima cacian oleh peminat-peminatnya menerusi Facebook.
Bukan itu sahaja, Azhar, 41, turut berhadapan dengan masalah besar apabila akuan laman sosial miliknya itu turut digodam oleh individu bernama ‘Cyber Troopers’ yang didakwanya sebagai penyokong parti pembangkang.
“Saya menerima cacian dan maki hamun melalui Facebook selain akaun itu turut digodam oleh mereka yang tidak bertanggungjawab sehingga ia tidak lagi boleh berfungsi,” katanya kepada pemberita pada Selasa.
Azhar tampil memberi kenyataan terbabit selepas membuat laporan di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail di sini pada Selasa kerana merasakan dirinya terancam akibat pengkhianatan siber itu.
Azhar yang popular dengan filem Abang 92 itu berkata, dia kecewa kerana haknya untuk bersuara menerusi laman sosial berkenaan disekat terutamanya apabila dia menunjukkan sokongan kepada BN.
Malah kata Azhar, komen-komen yang diberikan menerusi Facebook miliknya itu bukanlah kerana dia berhasrat untuk menjadi ahli politik tetapi mahu berkongsi dengan peminat mengenai kebaikan pemerintahan yang sedia ada.
“Saya tidak bermaksud untuk mencari populariti tetapi saya mahu Barisan Nasional kekal memerintah,” katanya.
mStar



             ' TENGOK EN AZHAR , INGAT PETIR '

                                           


Sinopsis : Novel Merenang Gelora









Novel Baharu Berjudul "Merenang Gelora" Karya Ruslan Ngah (Tingkatan 3)

Melibatkan Negeri Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, dan Pahang .

Sinopsis Dari Bab 1 Sehingga Bab 22 .

Malas scroll down ? Klik >> DI SINI ! << untuk memuat turun .


Bab 1 – Tugas Baharu

 Badri anak sulong daripada dua orang adik beradik mula bertugas
 sebagai seorang pengawas sekolah Adiknya bernama Badrul. Beliau
 seorang yang tegas dan berdisiplin. Bercita-cita ingin menjadi
 pemimpin pada masa hadapan. Jamil merupakan kawan baik kepada
 Badri, manakala  Shahrul seorang murid yang nakal, Siti Cahaya
 Nadira seorang murid baharu yang cantik menjadi rebutan murid-murid
 lelaki di sekolah tersebut. Jamil dicabar oleh Badri dan sebaliknya
 untuk mendapatkan Siti Cahaya Nadira.


Bab 2 – Api Yang Mula Membara

 Jamil mengajak Badri melepak di Mastika Mall tetapi ditolak. Mereka
 berbeza dari segi soal prinsip kehidupan. Meng Kong anak tauke
 kedai telefon selalu dikerumuni oleh murid-murid lain. Badri telah
 disimbah air semasa berada di dalam tandas. Peristiwa itu menjadi
 heboh di kantin. Nadira menyindirnya. Cikgu Jailani menyiasat kes
 tersebut. Badri dibenarkan balik ke rumah lebih awal kerana keadaan
 bajunya yang basah dan berbau. Selepas itu Badri pergi ke perpustakaan
 untuk menenangkan jiwa dan berjalan-jalan tetapi terserempat dengan
 Shahrul yang menunggang motosikal dengan Nadira. Badri telah pergi
 ke rumah Pak Alang dan agak terkejut kerana terserempat dengan Nadira
 di sana. Pak Alang memperkenalkan Nadira sebagai anak buahnya dari Kedah.


Bab 3 – Main Api

 Badri dapat mengenali murid yang ada di dalam tandas semasa dia disimbah
 air berdasarkan tanda lahir yang terdapat di leher murid tersebut.
 Kumar ditangkap dan dibawa kepada Cikgu Jailani , iaitu guru disiplin.
 Kumar ditangkap kerana turut membawa telefon bimbit. Ah Chun dan Selva,
 rakan sekelas Badri yang menyuruh Kumar, Meng Kong dan Shahrul menjual
 kad prabayar kepada murid-murid di sekolahnya. Kumar telah memberitahu
 Jamil agar Badri tidak memerhatikan Meng Kong lagi. Nadira memberi
 amaran agar Badri tidak melaporkan apa-apa kepada Mak Alang. Badri
 digelar sebagai pelapor. Badri dimalukan dengan dijatuhkan apabila
 dirempuh dengan kuat oleh Bob dan disindir oleh Kumar serta ditertawakan
 oleh Nadira. Semasa di dalam bas, dia mendapat nota untuk datang ke
 pasar raya pada petang itu. Dia ke pasar raya itu dan bertemu dengan
 Siew Mei yang belum pernah dikenalinya sebelum ini.


Bab 4 – Duri Dalam Daging

 Kumar bertemu dengan Meng Kong dan Shahrul di pusat boling. Beliau
 bercerita dan meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap Badri kerana
 telah ditangkap oleh Badri dan telefonnya dirampas. Kumar masih
 berdendam dengan Badri.


Bab 5 -  Pertemuan

 Badri berjumpa dengan Jamil dan bertanya adakah dia juga terlibat
 dalam kegiatan menjual  kad prabayar. Semua rahsia itu diceritakan
 oleh Siew Mei setelah diberitahu oleh abangnya yang bekerja di kedai
 telefon ayah Meng Kong, iaitu Encik Tan. Hal ini kerana kerap berlaku
 kehilangan kad prabayar dan telefon di kedai Encik Tan. Badri pula
 melakukan  sesuatu untuk menyelamatkan Nadira dari terus berkawan
 dengan Shahrul. Kemungkinan Shahrul turut terlibat dengan aktiviti
 tidak bermoral.


Bab 6 – Kemuncak Dunia

 Nadira dimarahi oleh Nurul Ain, iaitu kakaknya kerana berpakaian
 sendat untuk keluar pada Sabtu pagi. Nadira menunggu Shahrul dalam
 keadaan marah kerana selalu lewat, tetapi sering terpujuk oleh
 kata-kata manis Shahrul. Nadira marah kepada Badri kerana menegurnya
 berkawan dengan Shahrul. Nadira mengikut Shahrul bersiar-siar
 dengan menunggang motosikal. Shahrul bertemu dengan rakannya, mat motor
 yang selalu berlumba haram. Nadira tidak senang dengan Aziz iaitu
 salah seorang kawan dalam kumpulan mat motor Shahrul. Mereka telah
 diserbu oleh anggota polis tetapi Shahrul, Aziz dan rakan-rakannya
 dapat melarikan diri. Nadira terperangkap kerana ditinggalkan oleh
 Shahrul. Akhirnya, Nadira ditangkap dan dihantar pulang ke rumahnya
 oleh pihak polis. Pihak polis menerangkan bahawa Nadira telah
 berkawan dengan mat rempit yang diburu oleh pihak polis. Ada kalangan
 mereka yang terlibat dengan jenayah. Nadira dimarahi kakaknya.


Bab 7 – Secantik Sinar

 Jamil menjauhi diri daripada Badri. Taufik kawan sekelas Badri ingin
 mengetahui masalahnya. Badri menyembunyikannya dan memarahinya kerana
 bersikap menjaga tepi kain orang lain. Taufik memberitahu kejadian
 yang menimpa Nadira dan Shahrul. Nadira telah ditangkap dan disoal
 oleh pihak polis. Hal ini telah diketahui oleh pengetua dan menyebabkan
 Nadira dipanggil untuk menceritakan situasi sebenar kejadian  tersebut.
 Nadira berjumpa dengan badri di perpustakaan untuk meminta maaf atas
 kesalahannya terhadap Badri. Nadira menyatakan hasratnya ingin berkawan
 dengan Badri tetapi Badri serba salah dan malu. Pertemuan dengan Shahrul
 membuatkan Nadira amat marah kepada Shahrul. Badri dicabar oleh Shahrul.


Bab 8 – Mengharung Badai

 Jamil menceritakan kepada Badri yang dia telah dituduh mencuri telefon
 bimbit di kedai ayah Meng Kong. Nasibnya baik kerana bapa Meng Kong
 tidak membuat laporan kepada pihak polis dan sekolah. Dia tidak dapat
 membela diri. Badri bersyukur kerana Jamil sudah insaf atas perbuatannya.
 Nadira masih berharap Badri tidak masuk campur urusan Meng Kong dan
 kawan-kawannya, tetapi Badri masih tekad menyelongkar kebenarannya.
 Siew Mei mengajak Badri berjumpa di bengkel dan menasihati Badri tentang
 pergaduhannya dengan Shahrul kerana Nadira. Siew Mei meminta Badri
 membimbing Nadira . Akhirnya Badri bertanya kepada Siew Mei mengapa
 dia mengambil berat tentangnya. Siew hanya menutup mulut dan lari
 tergesa-gesa kerana malu.   


Bab 9 – Rahsia Hampir Terbongkar

 Badri mengintip perbualan Kumar, Meng Kong dan Shahrul tentang rancangan
 mereka untuk terus menjual telefon bimbit dan kad prabayar ketika sedang
 berjoging di tasik. Mereka agak risau jika Jamil membongkar kegiatan
 mereka itu. Mereka telah disergah oleh Badri. Shahrul menyerang Badri
 tetapi dapat dielak kerana Badri mahir dalam ilmu persilatan.


Bab 10 – Semarak Api

 Shahrul tidak selesa tinggal di rumah teres walaupun sudah tiga
 tahun mendiaminya. Dia masih lagi rindu akan rumah lamanya yang
 besar dan mewah itu. Rakan-rakan Shahrul sering menganggapnya daripada
 golongan yang berada, namun sebaliknya. Dia telah dipanggil oleh
 Cikgu Jailani kerana menyerang Badri. Apabila Shahrul bertemu dengan
 Badri yang sedang makan bersama-sama Nadira, hatinya marah dan dia
 cuba mengungkit rancangan mereka dahulu untuk mengenakan  Badri. Tujuannya
 adalah untuk memisahkan Badri dengan Nadira. Suatu hari, Shahrul dan
 Kumar memungut hutang daripada Amir yang membeli telefon tetapi dibayar
 separuh sahaja kerana emaknya tidak membenarkan dia membelinya dan meminta
 dipulangkan kembali. Apabila Amir memulangkan telefon itu kepada Shahrul,
 telefon tersebut telah jatuh dan dilihat oleh Cikgu Jailani. Amir dibawa
 ke bilik guru. Amir telah diugut oleh Shahrul dan Kumar agar tidak
 menceritakan hal sebenar kepada Cikgu Jailani, sebagai balasan hutang
 Amir akan dihapuskan.  Amir telah berbohong kepada Cikgu Jailani untuk
 menutup rahsia daripada siapa dia membeli telefon itu agar hutangnya lupus.


Bab 11 – Tertangkap

 Meng Kong ke kedai ayahnya untuk mendapatkan bekalan telefon di dalam
 stor tanpa menyedari stor tersebut telah dipasang dengan system CCTV.
 Dia berpura-pura menunggu Ah Meng. Telefon itu diserahkan kepada Kumar
 agar tidak dikesan oleh bapanya. Ah Meng telah memainkan semula rakaman
 CCTV tersebut dihadapan Encik Tan. Encik Tan telah melihat Meng Kong
 mengambil empat telefon bimbit dari stor itu. Apabila Meng Kong balik
 dia disuruh berjumpa dengan ayahnya. Ayahnya telah menunjukkan rakaman
 CCTV kepada Meng Kong lalu Meng Kong meminta maaf dan berharap dia
 dimaafkan tetapi ayahnya telah menghukumnya dengan menyuruhnya tinggal
 di  asrama sekolah serta meminta maaf daripada pengetua sekolah iaitu
 Encik Baharom. Akhirnya, mereka bertiga, Shahrul, Meng Kong dan Kumar
 tertangkap dan dikenakan hukuman tiga sebatan setiap orang. Meng Kong
 ditempatkan di asrama. Badri meminta Taufik memerhatikan Meng Kong.


Bab 12 – Suasana Baharu

 Meng Kong mengikuti rutin jadual di asrama walaupun dia berasa kekok,
 tetapi atas keramahan Taufik dan Saiful, dia cuba menyesuaikan diri.
 Dia berasa lega kerana tiada orang bertanya sebab dia tinggal di asrama.
 Meng Kong mula belajar  dan membuat  kerja sekolahnya mengikut masa dan
 jadual. Dia menceritakan pengalamannya buat kali pertama dapat menyiapkan kerja rumah kepada Shahrul dan Kumar. Mereka tidak berpuas hati dengan perubahan Meng Kong yang tidak mahu menjual telefon lagi kerana Meng Kong takut dihantar untuk tinggal dengan datuknya yang garang. Shahrul dan Kumar masih mengajak Meng Kong meneruskan usahanya, tetapi Meng Kong tetap menolak. Berlaku pertengkaran antara mereka dan Badri datang meleraikan pertengkaran tersebut dengan membawa mereka berjumpa Cikgu Jailani. Mereka dirotan atas kesalahan tersebut.


Bab 13 – Jiwa Remaja

 Badri bersiap-siap dengan kemas untuk keluar berjumpa dengan Nadira.
 Badri diusik oleh Badrul yang menyatakan abangnya mempunyai  dua
 orang buah hati  kepada emaknya. Nadira menelefon Badri dan bertanya
 tentang kelewatannya.  Badri akhirnya datang untuk melihat pementasan
 teater tersebut. Nadira berasa cemburu apabila mengetahui hubungan
 Badri dengan Siew Mei. Nadira mengelamun semasa pementasan itu dan
 disedari oleh Badri. Setelah pulang ke rumah Badri dimaklumkan
 oleh Badrul  bahawa Jamil datang mencarinya. Badri menelefon Jamil
 dan berbual-bual melalui telefon. Mereka berjanji untuk bertemu
 keesokan harinya namun apabila Badri pergi mencarinya tetapi dia
 tiada di rumah. Jamil hilang tanpa dapat dikesan walaupun  dia
 telah bertanya kepada ibu bapa Jamil serta Taufik dan Kumar. Badri
 menemui Kumar  yang sedang memasukkan rokok ke dalam beg Meng Kong
 atas arahan Shahrul supaya  Meng Kong dibuang asrama. Kumar
 mengikut sahaja arahan Shahrul kerana takut dikasari oleh Sahrul.




Bab 14 – Di Persimpangan

 Kumar insaf perbuatannya lalu mengelak diri daripada dihasut oleh
 Shahrul yang memyebabkan dia terikut-ikut dengan gaya mewah Sahrul.
 Shahrul tetap bertegas untuk memastikan Kumar masih mahu menjadi
 ahli kumpulannya dan tidak membocorkan rahsia mereka apabila  Jamil
 dan Meng Kong tidak lagi terlibat dalam kumpulan mereka. Shahrul
 tetap memujuk Kumar mengikutnya untuk membalas dendam terhadap Badri.


Bab 15 – Kehilangan Yang Misteri

 Kehilangan Jamil menjadi misteri. Walau bagaimanapun, Badri tidak
 dapat melupakan sahabatnya itu. Kini  Badri sudah berkawan baik
 dengan Kumar. Badri dikejutkan dengan berita di akhbar yang dibaca
 oleh Siew Mei tentang kematian Amran iaitu kawan Jamil yang mati
 ditembak kerana terlibat dengan kes jenayah  dan dadah. Badri risau
 sekiranya Jamil turut terlibat dalam kes jenayah tersebut.


Bab 16 – Tersayat Pedih

 Shahrul ketakutan mendengar berita kematian Amran  dan  mengurung
 diri serta mencari jalan untuk mendekati Nadira semula sebagai sahabat.
 Shahrul mula merasakan kehilangan rakan-rakannya dan mula bergaul
 dengan rakan-rakan yang  lebih dewasa. Apabila melihat Badrul, Shahrul
 ingin membalas dendam terhadap Badri dengan mengupah Din memukul
 Badrul iaitu adik Badri. Din tidak mahu terlibat dan hal ini menyebabkan
 Shahrul marah lalu memecut motosikalnya menyebabkan dia terjatuh.
 Badrul dan kawan-kawannya menolong menghantar Shahrul ke hospital.
 Persahabatan  Kumar dengan Badri menyebabkan Siew Mei tidak berpuas hati.
 Apabila berjumpa Badri, Kumar menceritakan niat sebenar Shahrul melalui
 maklumat yang diperoleh melalui Din tetapi Nadira curiga dengan
 kata-kata Kumar, sebaliknya Siew Mei tidak bersetuju dengan pendapat
 Nadira yang menyatakan Shahrul telah berubah.


Bab 17 – Mangsa Fitnah

 Badri banyak menghabiskan masa mengulangkaji pelajaran dengan Kumar.
 Namun begitu Badri kesal dengan sikap Siew Mei yang tidak semesra
 sebelum ini. Kumar menyatakan ada perasaan cemburu antara Siew Mei
 dengan Nadira yang ingin merebut hati Badri. Untuk menghindari perasaan
 tersebut Badri lebih banyak menghabiskan masa mengulangkaji dengan Kumar.
 Badri  telah difitnah membawa telefon bimbit ke sekolah apabila Cikgu
 Jailani menemui telefon tersebut di dalam begnya. Badri dibawa oleh Cikgu
 Jailani ke bilik disiplin. Taufik menyatakan Shahrul telah menyuruh Kumar
 melakukannya. Badri terkilan kerana Nadira tidak menyokongnya sebaliknya
 menyalahkannya juga. Berita negatif tersebut masih tersebar walaupun Cikgu
 Jailani mendapati Badri tidak bersalah. Badri juga disindir oleh Shahrul.
 Semua rakan menjauhkan diri daripadanya kecuali Siew Mei dan Taufik.


Bab 18 – Pentas Sandiwara

 Badri dan Taufik mendengar perbualan Shahrul dan Kumar. Mereka mendapati
 Shahrul telah mengarahkan Kumar meletakkan telefon bimbit ke dalam beg
 Badri tetapi Kumar tidak mematuhi arahan tersebut. Hal ini menyebabkan
 Shahrul berasa marah. Pertengkaran antara Shahrul dan Kumar telah dilihat
 oleh Lokman dan Badri. Mereka dibawa ke bilik pengawas oleh Lokman,
 iaitu ketua pengawas. Badri diberi semangat oleh Taufik dan Lokman berkenaan
 fitnah yang ditabur kepadanya.


Bab 19 – Cerita Baharu

 Meng Kong berjumpa dengan Badri, Taufik dan Siew Mei di kantin. Mereka
 bersimpati dengan nasib Badri.  Badri  menyatakan bahawa Kumar tidak
 terlibat dalam hal tersebut. Mereka berbincang tentang sikap Shahrul yang
 tidak serik  dengan kejadian yang telah berlaku kerana ibu bapanya tetap
 menyokongnya walaupun Cikgu Jailani pernah ke rumah Shahrul memberitahu
 sikap Shahrul kepadanya.


Bab 20 – Hati Yang Terluka

 Hubungan Nadira dan Shahrul kembali mesra. Hal  Ini menimbulkan sedikit
 rasa cemburu di hati Badri. Semasa mengelamun, Badri tersalah menyebut
 nama Nadira kepada Siew Mei menyebabkan Siew Mei agak berkecil hati.
 Doa Badri agar dia ditemukan dengan Nadira untuk mengetahui pandangan
 Nadira terhadapnya. Akhirnya dia bertemu dengan Nadira yang ditemani
 Shahrul di rumah Pak Alangnya. Badri menyatakan kesalahan Shahrul telah
 dikesan oleh Cikgu Jailani menyebabkan Shahrul berasa bimbang. Badri
 menyindir sikap Nadira.


Bab 21 – Harapan

 Shahrul terlibat dalam kemalangan selepas balik dari rumah Pak Alang
 Nadira. Shahrul menduduki SPM di hospital. Kesan daripada kemalangan
 tersebut, kaki Shahrul tempang sebelah. Badri meminta maaf kepada Siew Mei
 akan sikapnya tempoh hari. Badri menyatakan cita-citanya untuk berjaya
 dalam Sijil Pelajaran Malaysia bukan untuk mengejar cinta. Hal ini disokong
 oleh Siew Mei. Badri, Taufik dan Siew Mei sama-sama belajar untuk menduduki
 SPM dan berjaya menjawab soalan dengan baik. Selepas tamat peperiksaan,
 mereka sama-sama berbincang tentang cara untuk menghabiskan masa cuti mereka.
 Taufik akan mengikut Badri berkerja di resort bapa saudara Badri. Badri
 dan Siew Mei berjaya mendapat 9A dalam SPM. Taufik pula mendapat 7A. Selepas
 mendapat keputusan, Badri bergegas pergi membeli tiket untuk balik bekerja
 semula.  Badri telah memohon kemasukan ke universiti.


Bab 22 – Senja Belum Berlabuh

 Pertemuan semula antara Badri dengan Jamil berlaku di resort milik
 Jamil setelah masing-masing berjaya dalam kehidupan. Mereka mengimbau
 kembali kenangan lalu. Badri melanjutkan pelajaran di Ireland dalam
 bidang perubatan dan akan bertugas sebagai doktor di Hospital Besar
 Kuala Lumpur. Jamil melanjutkan pelajaran dalam bidang hotel dan
 pelancongan di UiTM. Taufik mendapat ijazah dalam bidang perniagaan.
 Jamil dan Taufik berkongsi membuka resort di Terengganu. Shahrul dan
 Kumar melanjutkan pelajaran di Politeknik dalam jurusan kemahiran
 memperbaiki kereta sehingga berjaya membuka beberapa cawangan bengkel
 kereta di Kuala Lumpur. Shahrul telah berkahwin dengan Nadira. Nadira
 berjaya membuka sebuah butik setelah memperoleh kelulusan diploma fesyen
 di UiTM. Siew Mei berjaya menjadi seorang doktor gigi. Badri dan
 rakan-rakannya berjaya merenang gelora dalam kehidupan mereka dan
 berharap berjaya merenang gelora yang akan mendatang.